Monday, March 17, 2014

T.W.O S.T.O.R.Y

allahuakbar...allahuakbar..allahuakbar...

tadi baru dapat panggilan dari Wisma Kospek Kuantan suruh hadir temuduga hari Jumaat ni.. Sesungguhnya hanya Allah yang tahu betapa resah gelisah hati ni bila banyak permohonan kerja yang dihantar tidak banyak dapat maklumbalas atau tiada kekosongan buat masa ini...Siapa yang suka hanya bermalasan di rumah tanpa berbuat apa-apa..(sebulan dua tu boleh tahan la..hehehe..) moga Allah permudahkan segala urusan temuduga pada hari Jumaat ni..amin..

Banyak kali emak aku suruh buat solat sunat dhuha n sunat hajat tapi selalunya aku iyekan je tanpa melaksanakan apa yang disuruh..tapi makin lama hati resah gelisah berfikir bila nak dapat keje, asyik bermonolog sendirian tanpa sedikit pun tergerak nak buat solat sunat memohon pada yang Esa.. walaupun memang dah terlambat banyak sedangkan aku dah duduk kat umah lama, malam tadi tergerak jua untuk buat solat sunat..Aku harap aku akan terus beristiqamah untuk buat solat sunat ni..
(sampai  terdetik dalam hati baru malam tadi buat solat sunat, Allah dah permudahkan laluan untuk ku bila aku dapat panggilan temuduga tadi, bermakna kalau aku istiqamah buat solat sunat, meminta padaNya tanpa erti jemu, entah apa lagi nikmat yang Allah akan berikan..allahuakbar..allahuakbar..allahuakbar..)

aku sendiri memang tahu kelebihan buat solat sunat sejak dari dulu lagi..cuma aku akui memang aku culas, malas dan selalu kata lain kali lah buat..dan bila something happened, hati tak tenteram time tu baru nak ingat Maha Pencipta...huhuhu aku harap aku boleh jadikan ia rutin harian dan jadi sebahagian dari hidup aku.. amin...


aku harap kalian juga beristiqamah dalam melakukan ibadah kepadaNya...moga kita semua berubah menjadi yang lebih baik.. ^_^

Wassalam..

Monday, February 24, 2014

mana surat panggilan saya tak sampai-sampai???

Assalamualaikum wbt

moga kalian sentiasa gembira dan dirahmati olehNya..

oh ye..sudah sebulan aku menganggur dan hampir setiap hari menunggu mana surat panggilan inspektor untuk ujian fizikal kat IPK..dan tak berhenti-henti berdoa n bermonolog sendirian mengharapkan surat panggilan akan dipos oleh abg posmen..tiap kali dengar enjin motor posmen tiap kali tu jugak berharap ada perkhabaran gembira..arggghhh..seksa taw menunggu ni..huhhuhuhuhu T-T

walaubagaimanapun mana-mana peluang pekerjaan dari private company n agensi kerajaan ada gak lah yang aku isi..tapi xde panggil pun untuk interview..tunggu jelah n grab je mana yang datang dulu

tapi "MANA PERGINYA SURAT PANGGILAN AKU TAK SAMPAI-SAMPAI" 

ok tu maknanya tahap kesabaran memang dah tinggal ciput walaupun ayah menyedapkan hati dengan kata 'mesti adanya nanti'.. prfffff...cita-cita untuk jadi polis sejak aku kecil lagi memang dah set dlm otak ni..  n bertukar nak jadi peguam lah, pegawai tentera lah, pensyarah lah n balik kepada cita-cita asal pegawai polis..hahahha...tapi sentiasa tertanya-tanya apa percaturan yang dibuat oleh yang Maha Kuasa ke atas diriku.. masa hadapan yang hanya boleh dirancang tapi Allah jua lah yang menentukan.. siapa kita untuk menidakkan apa yang telah ditentukan,,hanya usaha berdoa dan bertawakal kepadaNya.. :)

ayahanda tercinta siap dah bagi amanat betapa hebatnya cabaran menjadi anggota polis pada hari ini..
walaupun anak dia ni surat panggilan pun x dapat lagi..
antara amanat ayah
"polis sekarang bukan mudah, banyak sangat cabarannya..dah kuar tamat latihan jadi pegawai penyiasat
buka kertas siasatan, kes-kes saban hari pasti ada menjelma..tidur bukan priority, on call selalu
inspektor percubaan untuk 3 tahun confrm kena lanyak..tapi bestnya dapat pengalaman 3 hingga 5 tahun n sah jawatan. lepas dari tu dah ok, n lagi ok bila naik pangkat bagai..
selepas tu dah pro bab soal siasat ni so bila anak buah tanya dah boleh bagi jawapan sebab pengalaman banyak.."

itu jelah luahan isi hati untuk kali ni..sepatutunya entri boleh tulis hari-hari..tapi apakan daya idea x berapa nak ada..doakan aku ye kalian.. :) sekian