Tuesday, May 25, 2010

sapa kita 10 tahun akan datang?

pernah x korang fikir apa yang akan berlaku 10 tahun akan datang?.kadang-kadang sebelum melelapkan mata aku akan fikir apa yang akan berlaku 10 tahun akan datang..
apa terjadi dengan diri aku...masih panjang usiakah? kalau sudah berkahwin,akan bahagiakah hidup aku? kalau bekerja,aku amanahkah dengan tanggungjawab yang diberikan?

bulan julai makin dekat, dan aku akan menikmati segalanya di tahun akhir pengajian diploma dalam business studies..dan selepas itu, apa hala tuju hidup aku?
elokkah keputusan diploma aku untuk melayakkan diri aku menyambung pengajian ke peringkat ijazah? arghhhhhhh, makin besar makin banyak perkara yang perlu difikirkan..

yang boleh aku buat merancang apa yang perlu untuk hidup aku n famili aku..
ayat biasa KITA HANYA MERANCANG TUHAN YANG MENENTUKAN SEGALANYA~

Saturday, May 22, 2010

pagi bangun buat sarapan..

bukan nak membangga diri coz buat sarapan pagi, walaupun dah tua bangka still dikejut ngan mem supaya buat sarapan pagi...bengkak rasa hati ini bila disuruh bangun di pagi ahad...
jadi mee hoon tu agak hancur sebab geram kena bangun pagi...hahahaha (xder r aku nk buat macam tue..percaya ker??)
yang x boleh blah aku yang buat segala2nyer sedangkan makcik-makcik(adik-adikku) enak saja tidur di pembaringan...memang bikin hangin satu badan la...
tapi apa-apa pun memproses mee hoon menjadi mee hoon yg sedap untuk dimakan tetap berjalan walaupun hati mendidih jer nih...
sifat dengki x habis-habis aku nih...buat sarapan kan dapat pahala...aida..aida..
apa nk jadi ngan ko nie??? tapi aku tetap pikir yang dengki kena jugak ada kalau x adik-adik aku bermaharajalela la.. aku jerk yg kena masak...banyak cantik muka nak isi tembolok korang sedangkan aku yang bertungkus lumus buat segala...
akhir sekali, walaupun hati ni bengkak serta mendidih, bila diorang makan masakan aku n habis kemudian dipuji plak masakan aku sampai aku kembang segala...rasa bengkak n mendidih di hati hilang begitu sajer...
tata.. :)

Wednesday, May 5, 2010

selesai segalanya..

baru hari ni dapat meluangkan masa untuk blog aku nie..
lagipun aku sibuk ngan peperikasaan akhir bagi semester ke 5 diploma aku..
syukur semua paper dapat aku jalani dengan tubuh badan yang sihat n cergas..
pagi tadi baru je selesai menjalani speaking test untuk MUET...
aku rasa geram bila mengenangkannya kembali.
aku rasa aku boleh buat lagi baik dari tadi... kenapalah aku ni..
belajar bahasa inggeris dari darjah satu sampai masuk universiti tapi x pandai2 gak...
hmm...rasanya sampai cni jela ea..
mata dah ngantok..