Sunday, December 2, 2012

~MASA PANTAS BERLALU~

hari ini sudah 3/12/2012.. sekejap je masa pantas berlalu meninggalkan kita..pada yang leka, padah menanti dihujung nanti, pada yang beringat tersenyum simpul bila tiba masanya. macam biasa aku xdelah rajin sangat menulis dalam blog ni..mungkin akibat kekurangan idea atau malas..hehehhe...


kenapa cerita pasal masa? ini adalah kerana masa untuk hantar laporan penuh thesis aku serta pembentangan hasil kerja (VIVA) bakal tiba dipenghujungnya...12 hari lagi tu...huhuhu..ada 2 chapter x siap lagi nih..isyk3..so mulai hari ni mata aku,fikiran aku semuanya akan fokus pada thesis..

oh ye.. dari dulu aku musykil apa menatangnya VIVA ni, selepas diselidik barulah ku tahu VIVA ni dari perkataan Latin [the thesis defence is called a viva voce (Latin for "by live voice") examination (viva in short). Involved in the viva are two examiners and the candidate.] akhirnya terjawab sudah kemusykilan aku...xdelah hanya tahu menyebut dan  'mengkhinzir' buta mengikut tanpa tahu apa makna dan sejarahnya..:)

yup, masa makin pantas berlalu, 2012 bakal berlalu pergi diganti 2013 yang tidak pasti masa depannya..umur aku?? bertambahlah lagi setahun menjadi 24 tahun..aku ni terkehadapan la sangat..memikir jauh benor...hihihihii...

apapun, aku nak settlekan apa yang ada didepan mata, yang x pasti dan jauh lagi tu KIV dulu..aku hanya mampu merancang dan berdoa moga masa hadapan aku cerah serta dimurahkan rezeki oleh yang Maha Mengetahui tentang hambanya..

p/s: aku nak buat yang terbaik utk semester last ni, lepas ni ntah bila dapat pegang buku dan bersuka ria dengan teman2..aku nak naikkan lagi pointer aku, satu je jalan nak naikkan pointer, kena buat sungguh2 dalam VIVA n report aku mesti terbaik..


No comments: