Monday, February 24, 2014

mana surat panggilan saya tak sampai-sampai???

Assalamualaikum wbt

moga kalian sentiasa gembira dan dirahmati olehNya..

oh ye..sudah sebulan aku menganggur dan hampir setiap hari menunggu mana surat panggilan inspektor untuk ujian fizikal kat IPK..dan tak berhenti-henti berdoa n bermonolog sendirian mengharapkan surat panggilan akan dipos oleh abg posmen..tiap kali dengar enjin motor posmen tiap kali tu jugak berharap ada perkhabaran gembira..arggghhh..seksa taw menunggu ni..huhhuhuhuhu T-T

walaubagaimanapun mana-mana peluang pekerjaan dari private company n agensi kerajaan ada gak lah yang aku isi..tapi xde panggil pun untuk interview..tunggu jelah n grab je mana yang datang dulu

tapi "MANA PERGINYA SURAT PANGGILAN AKU TAK SAMPAI-SAMPAI" 

ok tu maknanya tahap kesabaran memang dah tinggal ciput walaupun ayah menyedapkan hati dengan kata 'mesti adanya nanti'.. prfffff...cita-cita untuk jadi polis sejak aku kecil lagi memang dah set dlm otak ni..  n bertukar nak jadi peguam lah, pegawai tentera lah, pensyarah lah n balik kepada cita-cita asal pegawai polis..hahahha...tapi sentiasa tertanya-tanya apa percaturan yang dibuat oleh yang Maha Kuasa ke atas diriku.. masa hadapan yang hanya boleh dirancang tapi Allah jua lah yang menentukan.. siapa kita untuk menidakkan apa yang telah ditentukan,,hanya usaha berdoa dan bertawakal kepadaNya.. :)

ayahanda tercinta siap dah bagi amanat betapa hebatnya cabaran menjadi anggota polis pada hari ini..
walaupun anak dia ni surat panggilan pun x dapat lagi..
antara amanat ayah
"polis sekarang bukan mudah, banyak sangat cabarannya..dah kuar tamat latihan jadi pegawai penyiasat
buka kertas siasatan, kes-kes saban hari pasti ada menjelma..tidur bukan priority, on call selalu
inspektor percubaan untuk 3 tahun confrm kena lanyak..tapi bestnya dapat pengalaman 3 hingga 5 tahun n sah jawatan. lepas dari tu dah ok, n lagi ok bila naik pangkat bagai..
selepas tu dah pro bab soal siasat ni so bila anak buah tanya dah boleh bagi jawapan sebab pengalaman banyak.."

itu jelah luahan isi hati untuk kali ni..sepatutunya entri boleh tulis hari-hari..tapi apakan daya idea x berapa nak ada..doakan aku ye kalian.. :) sekian



Monday, November 4, 2013

JIWA terasa......





Assalamualaikum...salam maal hijrah semua...

terasa berat hati..tak tahulah kenapa...mungkin lebih tepat aku terlalu memikir atau terasa umur yang makin meningkat tapi aku masih di tapak yang sama..bukan tidak merasa bersyukur..syukur sangat apa yang Allah kurniakan selama ini..cuma perasaan diri sendiri..sekarang aku dah mula rasa tak gembira bekerja.. mungkin bukan passion..dan aku tahu x baik untuk aku merasa perasaan yang begitu..tapi aku yakin walaupun bukan passion aku, aku still akan buat kerja sehabis baik..sesak di dalam dada ni...ya Allah...napelah agaknya ye...pengharapan aku selepas ini walau apapun yang aku rancang, tidaklah aku terlebih harap supaya aku sendiri tak terluka bila mendapat keputusannya..tapi yang pasti aku akan berusaha sehabis daya dan berserah pada yang maha berkuasa..

dalam diam, aku merancang, berangan untuk lebih baik dalam hidup aku, membantu keluarga sehabis daya.. itu tujuan aku disamping aku juga ingin lebih baik dalam kehidupan aku sendiri..menjadi diri sendiri..senantiasa positif dan tabah hadapi segala ujian walaupun kadang-kadang terbabas dalam menangani konflik dalam diri..

umur akan mencecah 25 tahun, aku harap ada perubahan besar dalam diri aku.. ke arah yang lebih baik..dan bukan aku harap diri aku sahaja..kepada kawan-kawan seperjuangan yang aku sayang, aku mendoakan kalian  atas apa jua yang kalian hajati tercapai..moga kita sama-sama mencorak masa depan agar lebih baik dari sekarang..

Sunday, October 27, 2013

Rezeki yang senantiasa ada :)

assalamualaikum..selamat pagi semua..moga senantiasa sihat dan ceria selalu...hari ini terpanggil untuk menulis selepas beberapa lama tidak mengupdate blog terchenta ni..bukan apa tahap kemalasan serta tiada line internet antara faktor menyebabkan blog aku ni bersawang..hahaha..

last update semasa bergelar pelajar dan kini aku sudah mendapat title pekerja (Pekerja Sambilan Harian) di JAKIM.....walaupun hanya pekerja sambilan tidaklah aku membuat kerja sambil lewa, start kerja hari tu hujung bulan April..dan sekarang sudah nak masuk bulan November..alhamdulillah rezeki di JAKIM senantiasa ada..kalau ikutkan tamat kontrak 23/10 dan aku beruntung disambungkan kontrak lagi 3 bulan serta dinaikkan ke gred N27 ..syukur pada Yang Esa....

seronok bekerja di bahagian Pengurusan Sumber Manusia serta menambahkan lagi pengetahuan aku tentang sektor kerajaan ni..^_^ dan merasa bantuan kewangan khas RM500..hihiihi...

Walaubagaimanapun, perasaan risau selalu ada selagi tidak mendapat pekerjaan tetap..prfffff...>_< Terkini, aku apply jawatan kosong UiTM..tiada lagi panggilan untuk temuduga..hope nama aku adalah...umur makin meningkat, pakwe pun xde lagi..keje tetap xde...hope tahun 2014 tahun gembira buat aku.. semestinya aku mahu melihat kedua orang tua ku gembira dan dapat juga aku membantu apa yang patut..:)

Thursday, May 16, 2013

kerja,kerja dan kerja

Diberi kerja gembira,
membuang masa juga gembira bercampur rasa cuak di dada,
kerja bertimbun buat masa berlalu tanpa perlu dikira, 
tiada kerja melangut memandang jam bila masa nak pukul lima,
serik tiada kerja sebab malas nak mengira masa

Sunday, December 2, 2012

~MASA PANTAS BERLALU~

hari ini sudah 3/12/2012.. sekejap je masa pantas berlalu meninggalkan kita..pada yang leka, padah menanti dihujung nanti, pada yang beringat tersenyum simpul bila tiba masanya. macam biasa aku xdelah rajin sangat menulis dalam blog ni..mungkin akibat kekurangan idea atau malas..hehehhe...


kenapa cerita pasal masa? ini adalah kerana masa untuk hantar laporan penuh thesis aku serta pembentangan hasil kerja (VIVA) bakal tiba dipenghujungnya...12 hari lagi tu...huhuhu..ada 2 chapter x siap lagi nih..isyk3..so mulai hari ni mata aku,fikiran aku semuanya akan fokus pada thesis..

oh ye.. dari dulu aku musykil apa menatangnya VIVA ni, selepas diselidik barulah ku tahu VIVA ni dari perkataan Latin [the thesis defence is called a viva voce (Latin for "by live voice") examination (viva in short). Involved in the viva are two examiners and the candidate.] akhirnya terjawab sudah kemusykilan aku...xdelah hanya tahu menyebut dan  'mengkhinzir' buta mengikut tanpa tahu apa makna dan sejarahnya..:)

yup, masa makin pantas berlalu, 2012 bakal berlalu pergi diganti 2013 yang tidak pasti masa depannya..umur aku?? bertambahlah lagi setahun menjadi 24 tahun..aku ni terkehadapan la sangat..memikir jauh benor...hihihihii...

apapun, aku nak settlekan apa yang ada didepan mata, yang x pasti dan jauh lagi tu KIV dulu..aku hanya mampu merancang dan berdoa moga masa hadapan aku cerah serta dimurahkan rezeki oleh yang Maha Mengetahui tentang hambanya..

p/s: aku nak buat yang terbaik utk semester last ni, lepas ni ntah bila dapat pegang buku dan bersuka ria dengan teman2..aku nak naikkan lagi pointer aku, satu je jalan nak naikkan pointer, kena buat sungguh2 dalam VIVA n report aku mesti terbaik..


Wednesday, November 14, 2012

kesedaran yang suram


masih tidak sedar
terngiang-ngiang dua suara
menyuruh dan melarang
dugaan apakah ini ya tuhanku
dugaan apa yang Kau berikan ini
hati rapuh bak daun kering 
yang menunggu untuk terlerai 
dari tangkainya..
tidak tertanggung rasanya
perasaan bersalah ini..

Friday, September 28, 2012

~masih menunggu~


~masih menunggu~

melayang fikiran di awangan
tatkala bulan makin menunjukkan sinar
tapi masih tidak dapat sinari hati ini
yang pudar entah kenapa
terasa sesuatu dalam diri 
dibawa pergi tak ku temui lagi

mungkin suatu hari
sinar itu datang membahagiakan
sinar itu datang menggembirakan
sinar itu datang menceriakan
hati yang pudar ini 
mungkin kembali berseri

aku hanya tahu
waktu itu akan tiba jua
entah bila dan dimana
masih dalam rahsia
yang tak dapat aku singkap
pada waktu ini
akan aku tunggu
kau datang membawa sinar itu kepadaku.