Sunday, October 27, 2013

Rezeki yang senantiasa ada :)

assalamualaikum..selamat pagi semua..moga senantiasa sihat dan ceria selalu...hari ini terpanggil untuk menulis selepas beberapa lama tidak mengupdate blog terchenta ni..bukan apa tahap kemalasan serta tiada line internet antara faktor menyebabkan blog aku ni bersawang..hahaha..

last update semasa bergelar pelajar dan kini aku sudah mendapat title pekerja (Pekerja Sambilan Harian) di JAKIM.....walaupun hanya pekerja sambilan tidaklah aku membuat kerja sambil lewa, start kerja hari tu hujung bulan April..dan sekarang sudah nak masuk bulan November..alhamdulillah rezeki di JAKIM senantiasa ada..kalau ikutkan tamat kontrak 23/10 dan aku beruntung disambungkan kontrak lagi 3 bulan serta dinaikkan ke gred N27 ..syukur pada Yang Esa....

seronok bekerja di bahagian Pengurusan Sumber Manusia serta menambahkan lagi pengetahuan aku tentang sektor kerajaan ni..^_^ dan merasa bantuan kewangan khas RM500..hihiihi...

Walaubagaimanapun, perasaan risau selalu ada selagi tidak mendapat pekerjaan tetap..prfffff...>_< Terkini, aku apply jawatan kosong UiTM..tiada lagi panggilan untuk temuduga..hope nama aku adalah...umur makin meningkat, pakwe pun xde lagi..keje tetap xde...hope tahun 2014 tahun gembira buat aku.. semestinya aku mahu melihat kedua orang tua ku gembira dan dapat juga aku membantu apa yang patut..:)

Thursday, May 16, 2013

kerja,kerja dan kerja

Diberi kerja gembira,
membuang masa juga gembira bercampur rasa cuak di dada,
kerja bertimbun buat masa berlalu tanpa perlu dikira, 
tiada kerja melangut memandang jam bila masa nak pukul lima,
serik tiada kerja sebab malas nak mengira masa

Sunday, December 2, 2012

~MASA PANTAS BERLALU~

hari ini sudah 3/12/2012.. sekejap je masa pantas berlalu meninggalkan kita..pada yang leka, padah menanti dihujung nanti, pada yang beringat tersenyum simpul bila tiba masanya. macam biasa aku xdelah rajin sangat menulis dalam blog ni..mungkin akibat kekurangan idea atau malas..hehehhe...


kenapa cerita pasal masa? ini adalah kerana masa untuk hantar laporan penuh thesis aku serta pembentangan hasil kerja (VIVA) bakal tiba dipenghujungnya...12 hari lagi tu...huhuhu..ada 2 chapter x siap lagi nih..isyk3..so mulai hari ni mata aku,fikiran aku semuanya akan fokus pada thesis..

oh ye.. dari dulu aku musykil apa menatangnya VIVA ni, selepas diselidik barulah ku tahu VIVA ni dari perkataan Latin [the thesis defence is called a viva voce (Latin for "by live voice") examination (viva in short). Involved in the viva are two examiners and the candidate.] akhirnya terjawab sudah kemusykilan aku...xdelah hanya tahu menyebut dan  'mengkhinzir' buta mengikut tanpa tahu apa makna dan sejarahnya..:)

yup, masa makin pantas berlalu, 2012 bakal berlalu pergi diganti 2013 yang tidak pasti masa depannya..umur aku?? bertambahlah lagi setahun menjadi 24 tahun..aku ni terkehadapan la sangat..memikir jauh benor...hihihihii...

apapun, aku nak settlekan apa yang ada didepan mata, yang x pasti dan jauh lagi tu KIV dulu..aku hanya mampu merancang dan berdoa moga masa hadapan aku cerah serta dimurahkan rezeki oleh yang Maha Mengetahui tentang hambanya..

p/s: aku nak buat yang terbaik utk semester last ni, lepas ni ntah bila dapat pegang buku dan bersuka ria dengan teman2..aku nak naikkan lagi pointer aku, satu je jalan nak naikkan pointer, kena buat sungguh2 dalam VIVA n report aku mesti terbaik..


Wednesday, November 14, 2012

kesedaran yang suram


masih tidak sedar
terngiang-ngiang dua suara
menyuruh dan melarang
dugaan apakah ini ya tuhanku
dugaan apa yang Kau berikan ini
hati rapuh bak daun kering 
yang menunggu untuk terlerai 
dari tangkainya..
tidak tertanggung rasanya
perasaan bersalah ini..

Friday, September 28, 2012

~masih menunggu~


~masih menunggu~

melayang fikiran di awangan
tatkala bulan makin menunjukkan sinar
tapi masih tidak dapat sinari hati ini
yang pudar entah kenapa
terasa sesuatu dalam diri 
dibawa pergi tak ku temui lagi

mungkin suatu hari
sinar itu datang membahagiakan
sinar itu datang menggembirakan
sinar itu datang menceriakan
hati yang pudar ini 
mungkin kembali berseri

aku hanya tahu
waktu itu akan tiba jua
entah bila dan dimana
masih dalam rahsia
yang tak dapat aku singkap
pada waktu ini
akan aku tunggu
kau datang membawa sinar itu kepadaku.


Monday, September 24, 2012

~AkU DaN kEnAnGaN~




~aku dan kenangan~

seorang diri melayari sepi
yang semakin menghimpit diri ini
rasa sesak, sakit di dalam jiwa
tak tertanggung oleh ku yang lemah tak terkata

kenangan datang lagi
tika aku menyentuh kamar memori
dan tika aku berada di sini
di sini yang penuh dengan memori

bagai terpapar di depan mata
saat kita masih bersama
 saat kita menjalin rasa

kini tidak lagi
engkau tiada disisi ku lagi
aku sendiri dan terus sendiri
menghadapi kehidupan 
yang penuh ranjau dan duri
tanpa engkau aku masih teguh berdiri


                                                                                                 


Tuesday, September 11, 2012

bila duit PT masuk, godaan + nafsu bergelora dalam jiwa

assalamualaikum..entry kali ini tentang godaan + nafsu bergelora.. entah kenapa ia muncul dalam fikiran aku untuk aku kongsi dengan korang semua..yup..godaan muncul dalam pelbagai bentuk dan rupa..nak tak nak ia pasti akan hadir untuk menguji para manusia.. hanya manusia yakni kita yang bijak dapat mengatasi segala godaan..selalunya godaan digandingkan dengan cabaran ye tak? bila difikirkan masa-masa yang lalu, yang pergi dan takkan kembali betapa aku selalu tersungkur dek godaan yang pelbagai rupa dan bentuk.. dan semestinya godaan itu datang dari si durjana syaitan dan nafsu yang berada dalam diri kita sendiri..kehidupan sebagai seorang pelajar pastinya tak terlepas dari godaan dan semestinya korang semua rasa.. lagi pulak, duit PT dah masuk dalam akaun..gembira tak terhingga...(mesti happy ma...dapat duit mana ada orang nangis) ^_^


BILA DUIT PT MASUK AKAUN:
1) bila duit PT masuk dah berkira-kira nak shopping kat mana lagak macam orang berkerjaya
2) bila duit PT masuk hari-hari makan sedap (yang ni aku mengaku, mmg suka makan, nak makan, mestilah nk yang sedap, nk makan sedap mestila mahal dari yang biasa2..hehehe)
3) bila duit PT masuk dah mula fikir nak beli handphone(handphone buruk aku tu pun x bertukar-tukar lg, kelmarin ada company bt rumah terbuka, sumer foreign worker pakai nset canggih kalah aku..huhuhu..=_= )

BILA DUIT PT BELI BARANG KEGUNAAN UNTUK BELAJAR:
1)yuran tu semestinya dah ditolak,tu pun ada yang komplen yuran naik..(aku bersyukur yuran uitm masih lagi terendah dr IPT yang lain)
2) beli buku text secondhand..yang ni terserah pada individu..huhu(bagi aku, baik beli baru..mereka2 ini yang jual buku x taw bila dah sem akhir dan berpraktikal, buku2 ni jugak  dihadap balik untuk input project paper)

 rasa sayang duit kan nak beli barang-barang untuk belajar, nak kuar duit bayar duit photostat n print segala assignment, berkira x henggat...

godaan dan nafsu dalam diri perlu bijak ditangani, agar x menyesal dikemudian hari..:)

p/s: panjang pulak hari ini menulis, dah pernah tergoda moga jadi contoh pada yang belum tergoda..ahakz..
enjoy sakan, x sedar diri tu banyak hutang..:)