Thursday, January 28, 2016

KETIDAKPASTIAN

hidup ni penuh dengan ketidakpastian
20 November 2015
tarikh yang aku tahu aku akan berhadapan dengan ketidakpastian
apa yang aku pilih untuk hadapi, aku tahu dan sedar akan masalah dan akibat
tapi aku berhak untuk merasa bahagia..Bahagia yang dipenuhi ketidakpastian
hahahaha...setiap apa yang aku buat, time tunggu traffic light hijau, tengah menaip, tengah mandi, otak ni mesti berfikir
pasal hidup yang penuh ketidakpastian..dan aku memang sedar dan memang tidak buta hati.
tapi aku memang berhak untuk rasa BAHAGIA, dan aku sentiasa positif kebahagiaan yang tidakpasti ini pasti ada pengakhirannya yang tentunya buat aku senyum bahagia..
kali ini aku akan berhadapan tanpa perlu berpaling..moga Allah mudahkan jalan kehidupan aku dan tidak memalingkan aku dari Dia..


Wednesday, April 22, 2015

1 TAHUN 23 HARI

assalamualaikum wbt

rutin update blog setahun sekali..hahaha
hope semua sihat n ceria selalu..
apa yang aku rasa bila kerja di KOSPEK ialah........
1- mestilah rasa bersyukur ada majikan yang nak amik aku bekerja..
2- BANYAK LAGI YANG PERLU DI IMPROVE..memang sedar diri.. koperasi satu entiti yang berbeza..apatah lagi HR practices nya bercampur..gov ada swasta ada..pening la jugak.,, management under aku yang banyak sangat perlu diimprove...
3- bab ketelitian- mmg perlu di baiki lagi sebaik mungkin..
4-Firm - xde dalam diri aku lagi..hak3..(actually benci org assume aku firm.mayb dowg dengar suara aku yang mcm lelaki ni terus expect aku jenis firm..puii...hate it!!!! apapun kualiti ini sedang diimprove tahap siput..hahaha..bila org expect something kat ko, n ko x achieve pun expectation tu..salah ko ke?? sapa suh expect tinggi2..hak3..bengong sungguh..(walaupun macam tu aku ambil maklum..tp untuk jadi firm kena amik masa bertahun-tahun)
5- dikelilingi melayu- hurm...malas nak ulas..hak3..
6- apa yang aku lihat dulu, aku buat sekarang (time keje JAKIM selalu tgk boss g solat dhuha n ngaji tiap2 pagi.)
7- kalau dulu kalau kena marah slalu rasa down sebulan..hak3 sekarang lepas kena marah akan nyanyi n senyum n ketawa..(dlm hati sapa taw)

doakan aku sentiasa sukses, dipermudahkan urusan jodoh dan dimurahkan rezeki..moga suatu hari nanti aku dapat berkhidmat dengan kerajaan..amin...

Monday, March 17, 2014

T.W.O S.T.O.R.Y

allahuakbar...allahuakbar..allahuakbar...

tadi baru dapat panggilan dari Wisma Kospek Kuantan suruh hadir temuduga hari Jumaat ni.. Sesungguhnya hanya Allah yang tahu betapa resah gelisah hati ni bila banyak permohonan kerja yang dihantar tidak banyak dapat maklumbalas atau tiada kekosongan buat masa ini...Siapa yang suka hanya bermalasan di rumah tanpa berbuat apa-apa..(sebulan dua tu boleh tahan la..hehehe..) moga Allah permudahkan segala urusan temuduga pada hari Jumaat ni..amin..

Banyak kali emak aku suruh buat solat sunat dhuha n sunat hajat tapi selalunya aku iyekan je tanpa melaksanakan apa yang disuruh..tapi makin lama hati resah gelisah berfikir bila nak dapat keje, asyik bermonolog sendirian tanpa sedikit pun tergerak nak buat solat sunat memohon pada yang Esa.. walaupun memang dah terlambat banyak sedangkan aku dah duduk kat umah lama, malam tadi tergerak jua untuk buat solat sunat..Aku harap aku akan terus beristiqamah untuk buat solat sunat ni..
(sampai  terdetik dalam hati baru malam tadi buat solat sunat, Allah dah permudahkan laluan untuk ku bila aku dapat panggilan temuduga tadi, bermakna kalau aku istiqamah buat solat sunat, meminta padaNya tanpa erti jemu, entah apa lagi nikmat yang Allah akan berikan..allahuakbar..allahuakbar..allahuakbar..)

aku sendiri memang tahu kelebihan buat solat sunat sejak dari dulu lagi..cuma aku akui memang aku culas, malas dan selalu kata lain kali lah buat..dan bila something happened, hati tak tenteram time tu baru nak ingat Maha Pencipta...huhuhu aku harap aku boleh jadikan ia rutin harian dan jadi sebahagian dari hidup aku.. amin...


aku harap kalian juga beristiqamah dalam melakukan ibadah kepadaNya...moga kita semua berubah menjadi yang lebih baik.. ^_^

Wassalam..

Monday, February 24, 2014

mana surat panggilan saya tak sampai-sampai???

Assalamualaikum wbt

moga kalian sentiasa gembira dan dirahmati olehNya..

oh ye..sudah sebulan aku menganggur dan hampir setiap hari menunggu mana surat panggilan inspektor untuk ujian fizikal kat IPK..dan tak berhenti-henti berdoa n bermonolog sendirian mengharapkan surat panggilan akan dipos oleh abg posmen..tiap kali dengar enjin motor posmen tiap kali tu jugak berharap ada perkhabaran gembira..arggghhh..seksa taw menunggu ni..huhhuhuhuhu T-T

walaubagaimanapun mana-mana peluang pekerjaan dari private company n agensi kerajaan ada gak lah yang aku isi..tapi xde panggil pun untuk interview..tunggu jelah n grab je mana yang datang dulu

tapi "MANA PERGINYA SURAT PANGGILAN AKU TAK SAMPAI-SAMPAI" 

ok tu maknanya tahap kesabaran memang dah tinggal ciput walaupun ayah menyedapkan hati dengan kata 'mesti adanya nanti'.. prfffff...cita-cita untuk jadi polis sejak aku kecil lagi memang dah set dlm otak ni..  n bertukar nak jadi peguam lah, pegawai tentera lah, pensyarah lah n balik kepada cita-cita asal pegawai polis..hahahha...tapi sentiasa tertanya-tanya apa percaturan yang dibuat oleh yang Maha Kuasa ke atas diriku.. masa hadapan yang hanya boleh dirancang tapi Allah jua lah yang menentukan.. siapa kita untuk menidakkan apa yang telah ditentukan,,hanya usaha berdoa dan bertawakal kepadaNya.. :)

ayahanda tercinta siap dah bagi amanat betapa hebatnya cabaran menjadi anggota polis pada hari ini..
walaupun anak dia ni surat panggilan pun x dapat lagi..
antara amanat ayah
"polis sekarang bukan mudah, banyak sangat cabarannya..dah kuar tamat latihan jadi pegawai penyiasat
buka kertas siasatan, kes-kes saban hari pasti ada menjelma..tidur bukan priority, on call selalu
inspektor percubaan untuk 3 tahun confrm kena lanyak..tapi bestnya dapat pengalaman 3 hingga 5 tahun n sah jawatan. lepas dari tu dah ok, n lagi ok bila naik pangkat bagai..
selepas tu dah pro bab soal siasat ni so bila anak buah tanya dah boleh bagi jawapan sebab pengalaman banyak.."

itu jelah luahan isi hati untuk kali ni..sepatutunya entri boleh tulis hari-hari..tapi apakan daya idea x berapa nak ada..doakan aku ye kalian.. :) sekian



Monday, November 4, 2013

JIWA terasa......





Assalamualaikum...salam maal hijrah semua...

terasa berat hati..tak tahulah kenapa...mungkin lebih tepat aku terlalu memikir atau terasa umur yang makin meningkat tapi aku masih di tapak yang sama..bukan tidak merasa bersyukur..syukur sangat apa yang Allah kurniakan selama ini..cuma perasaan diri sendiri..sekarang aku dah mula rasa tak gembira bekerja.. mungkin bukan passion..dan aku tahu x baik untuk aku merasa perasaan yang begitu..tapi aku yakin walaupun bukan passion aku, aku still akan buat kerja sehabis baik..sesak di dalam dada ni...ya Allah...napelah agaknya ye...pengharapan aku selepas ini walau apapun yang aku rancang, tidaklah aku terlebih harap supaya aku sendiri tak terluka bila mendapat keputusannya..tapi yang pasti aku akan berusaha sehabis daya dan berserah pada yang maha berkuasa..

dalam diam, aku merancang, berangan untuk lebih baik dalam hidup aku, membantu keluarga sehabis daya.. itu tujuan aku disamping aku juga ingin lebih baik dalam kehidupan aku sendiri..menjadi diri sendiri..senantiasa positif dan tabah hadapi segala ujian walaupun kadang-kadang terbabas dalam menangani konflik dalam diri..

umur akan mencecah 25 tahun, aku harap ada perubahan besar dalam diri aku.. ke arah yang lebih baik..dan bukan aku harap diri aku sahaja..kepada kawan-kawan seperjuangan yang aku sayang, aku mendoakan kalian  atas apa jua yang kalian hajati tercapai..moga kita sama-sama mencorak masa depan agar lebih baik dari sekarang..

Sunday, October 27, 2013

Rezeki yang senantiasa ada :)

assalamualaikum..selamat pagi semua..moga senantiasa sihat dan ceria selalu...hari ini terpanggil untuk menulis selepas beberapa lama tidak mengupdate blog terchenta ni..bukan apa tahap kemalasan serta tiada line internet antara faktor menyebabkan blog aku ni bersawang..hahaha..

last update semasa bergelar pelajar dan kini aku sudah mendapat title pekerja (Pekerja Sambilan Harian) di JAKIM.....walaupun hanya pekerja sambilan tidaklah aku membuat kerja sambil lewa, start kerja hari tu hujung bulan April..dan sekarang sudah nak masuk bulan November..alhamdulillah rezeki di JAKIM senantiasa ada..kalau ikutkan tamat kontrak 23/10 dan aku beruntung disambungkan kontrak lagi 3 bulan serta dinaikkan ke gred N27 ..syukur pada Yang Esa....

seronok bekerja di bahagian Pengurusan Sumber Manusia serta menambahkan lagi pengetahuan aku tentang sektor kerajaan ni..^_^ dan merasa bantuan kewangan khas RM500..hihiihi...

Walaubagaimanapun, perasaan risau selalu ada selagi tidak mendapat pekerjaan tetap..prfffff...>_< Terkini, aku apply jawatan kosong UiTM..tiada lagi panggilan untuk temuduga..hope nama aku adalah...umur makin meningkat, pakwe pun xde lagi..keje tetap xde...hope tahun 2014 tahun gembira buat aku.. semestinya aku mahu melihat kedua orang tua ku gembira dan dapat juga aku membantu apa yang patut..:)

Thursday, May 16, 2013

kerja,kerja dan kerja

Diberi kerja gembira,
membuang masa juga gembira bercampur rasa cuak di dada,
kerja bertimbun buat masa berlalu tanpa perlu dikira, 
tiada kerja melangut memandang jam bila masa nak pukul lima,
serik tiada kerja sebab malas nak mengira masa

Sunday, December 2, 2012

~MASA PANTAS BERLALU~

hari ini sudah 3/12/2012.. sekejap je masa pantas berlalu meninggalkan kita..pada yang leka, padah menanti dihujung nanti, pada yang beringat tersenyum simpul bila tiba masanya. macam biasa aku xdelah rajin sangat menulis dalam blog ni..mungkin akibat kekurangan idea atau malas..hehehhe...


kenapa cerita pasal masa? ini adalah kerana masa untuk hantar laporan penuh thesis aku serta pembentangan hasil kerja (VIVA) bakal tiba dipenghujungnya...12 hari lagi tu...huhuhu..ada 2 chapter x siap lagi nih..isyk3..so mulai hari ni mata aku,fikiran aku semuanya akan fokus pada thesis..

oh ye.. dari dulu aku musykil apa menatangnya VIVA ni, selepas diselidik barulah ku tahu VIVA ni dari perkataan Latin [the thesis defence is called a viva voce (Latin for "by live voice") examination (viva in short). Involved in the viva are two examiners and the candidate.] akhirnya terjawab sudah kemusykilan aku...xdelah hanya tahu menyebut dan  'mengkhinzir' buta mengikut tanpa tahu apa makna dan sejarahnya..:)

yup, masa makin pantas berlalu, 2012 bakal berlalu pergi diganti 2013 yang tidak pasti masa depannya..umur aku?? bertambahlah lagi setahun menjadi 24 tahun..aku ni terkehadapan la sangat..memikir jauh benor...hihihihii...

apapun, aku nak settlekan apa yang ada didepan mata, yang x pasti dan jauh lagi tu KIV dulu..aku hanya mampu merancang dan berdoa moga masa hadapan aku cerah serta dimurahkan rezeki oleh yang Maha Mengetahui tentang hambanya..

p/s: aku nak buat yang terbaik utk semester last ni, lepas ni ntah bila dapat pegang buku dan bersuka ria dengan teman2..aku nak naikkan lagi pointer aku, satu je jalan nak naikkan pointer, kena buat sungguh2 dalam VIVA n report aku mesti terbaik..


Wednesday, November 14, 2012

kesedaran yang suram


masih tidak sedar
terngiang-ngiang dua suara
menyuruh dan melarang
dugaan apakah ini ya tuhanku
dugaan apa yang Kau berikan ini
hati rapuh bak daun kering 
yang menunggu untuk terlerai 
dari tangkainya..
tidak tertanggung rasanya
perasaan bersalah ini..

Friday, September 28, 2012

~masih menunggu~


~masih menunggu~

melayang fikiran di awangan
tatkala bulan makin menunjukkan sinar
tapi masih tidak dapat sinari hati ini
yang pudar entah kenapa
terasa sesuatu dalam diri 
dibawa pergi tak ku temui lagi

mungkin suatu hari
sinar itu datang membahagiakan
sinar itu datang menggembirakan
sinar itu datang menceriakan
hati yang pudar ini 
mungkin kembali berseri

aku hanya tahu
waktu itu akan tiba jua
entah bila dan dimana
masih dalam rahsia
yang tak dapat aku singkap
pada waktu ini
akan aku tunggu
kau datang membawa sinar itu kepadaku.


Monday, September 24, 2012

~AkU DaN kEnAnGaN~




~aku dan kenangan~

seorang diri melayari sepi
yang semakin menghimpit diri ini
rasa sesak, sakit di dalam jiwa
tak tertanggung oleh ku yang lemah tak terkata

kenangan datang lagi
tika aku menyentuh kamar memori
dan tika aku berada di sini
di sini yang penuh dengan memori

bagai terpapar di depan mata
saat kita masih bersama
 saat kita menjalin rasa

kini tidak lagi
engkau tiada disisi ku lagi
aku sendiri dan terus sendiri
menghadapi kehidupan 
yang penuh ranjau dan duri
tanpa engkau aku masih teguh berdiri


                                                                                                 


Tuesday, September 11, 2012

bila duit PT masuk, godaan + nafsu bergelora dalam jiwa

assalamualaikum..entry kali ini tentang godaan + nafsu bergelora.. entah kenapa ia muncul dalam fikiran aku untuk aku kongsi dengan korang semua..yup..godaan muncul dalam pelbagai bentuk dan rupa..nak tak nak ia pasti akan hadir untuk menguji para manusia.. hanya manusia yakni kita yang bijak dapat mengatasi segala godaan..selalunya godaan digandingkan dengan cabaran ye tak? bila difikirkan masa-masa yang lalu, yang pergi dan takkan kembali betapa aku selalu tersungkur dek godaan yang pelbagai rupa dan bentuk.. dan semestinya godaan itu datang dari si durjana syaitan dan nafsu yang berada dalam diri kita sendiri..kehidupan sebagai seorang pelajar pastinya tak terlepas dari godaan dan semestinya korang semua rasa.. lagi pulak, duit PT dah masuk dalam akaun..gembira tak terhingga...(mesti happy ma...dapat duit mana ada orang nangis) ^_^


BILA DUIT PT MASUK AKAUN:
1) bila duit PT masuk dah berkira-kira nak shopping kat mana lagak macam orang berkerjaya
2) bila duit PT masuk hari-hari makan sedap (yang ni aku mengaku, mmg suka makan, nak makan, mestilah nk yang sedap, nk makan sedap mestila mahal dari yang biasa2..hehehe)
3) bila duit PT masuk dah mula fikir nak beli handphone(handphone buruk aku tu pun x bertukar-tukar lg, kelmarin ada company bt rumah terbuka, sumer foreign worker pakai nset canggih kalah aku..huhuhu..=_= )

BILA DUIT PT BELI BARANG KEGUNAAN UNTUK BELAJAR:
1)yuran tu semestinya dah ditolak,tu pun ada yang komplen yuran naik..(aku bersyukur yuran uitm masih lagi terendah dr IPT yang lain)
2) beli buku text secondhand..yang ni terserah pada individu..huhu(bagi aku, baik beli baru..mereka2 ini yang jual buku x taw bila dah sem akhir dan berpraktikal, buku2 ni jugak  dihadap balik untuk input project paper)

 rasa sayang duit kan nak beli barang-barang untuk belajar, nak kuar duit bayar duit photostat n print segala assignment, berkira x henggat...

godaan dan nafsu dalam diri perlu bijak ditangani, agar x menyesal dikemudian hari..:)

p/s: panjang pulak hari ini menulis, dah pernah tergoda moga jadi contoh pada yang belum tergoda..ahakz..
enjoy sakan, x sedar diri tu banyak hutang..:)



Saturday, September 8, 2012

~KeTuA ChEf: AYaH tErCiNtA~

assalamualaikum..nape entry kali ni nama ayah ku bersangkut paut?? hurm...sebab hr ni ayah aku jd ketua chef...sebelum tu, nk ceritalah dulu mak andak sekeluarga tido kt umah aku...then pg tadi sarapan mak masak mee hoon singapore dan part aku buat sandwich telur(ayah yg request aku yg laksanakannya..huhu)
bila mak andak sekeluarga balik, dalam pukul 10 lebih ayah ajak bergotong royong kat pondok polis kesayangan dia..ahakz...so tugas aku lap tingkap ngan sliding door...shining tingkap tu aku kerjakan...pastu mop lantai pulak...:)
cerita sekembalinya aku dari pondok polis, ayah tetiba rajin yang amat sangat nk buat nasi minyak n koktel udang..ramuannya ayah yang buat..aku pulak kena buat koktel udang..adeii...
sebab ayah aku ketua chef,so kerjanya mengarah je lah..hahahaha....
ni lah koktel udang yang aku buat..tadaaaaa!!!!






       senang je buat koktel udang ni:
bahan-bahan:
udang (ikutlah nak letak brape)
seulas bwg putih(blender)
2 sudu sos cili
2 sudu mayonis
sedikit perahan lemon/limau nipis
tomato,salad,carrot (sayur2 ikut suka hati korang lah ye nak letak apa..)
cara buat sos:
1.masukkan bwg putih,sos cili,dan mayonis ke dalam mangkuk dan gaul rata..
2.gaul rata dengan segala sayuran dan udang..:)
gambar nasi minyak x dpt lah nak tunjuk sbb masih dlm rice cooker...hehehehe...disebabkan ayah tetibe rajin, kami semua pun follow je lah kehendak ayah ku yang tersayang ni...so lunch lambat la sikit...lagipun perut kenyang makan sarapan pagi td..oklah lain kali bercerita lg..bye2..
p/s:jari luka pastu kena plak jus lemon,pedihnya hanya allah je yang taw..hukhuk..

Thursday, September 6, 2012

CuKuP sUdAh SeBuLaN BeKErJa


assalamualaikum..apa khabar semua?? macam biasa aku baru ada masa untuk mengemaskini kan blog ku yang tercinta ini...dan selepas ini blog ku ini takkan terasa diabaikan oleh tuannya..cewahh(bukan apa, kalau kat kampus takde broadband nk online slalu) la ni, duk kat umah line internet tu sepanjang masa ada...
hari-hari duk menghadap facebook..dan hari-hari jugak boleh update blog(klu larat nak update..huhu).. nak bercerita ni, sepanjang sebulan yang telah dilalui dalam tempoh praktikal ni banyak perkara yang aku pelajari kat ISITO Technology ni..ia sangat berharga bagi aku yang tak pernah langsung bekerja ni..
dan hari ini hari gembira mendapat elaun aka gaji pertama..^_^ alhamdulillah..perasaan indah dan sangat puas tak dapat digambarkan dengan kata-kata bila dapat cheque..agaknya macam ni lah nnti perasaan bila betul2 dah ada kerja tetap dan dapat GAJI PERTAMA..weeeee~~~
time untuk balik rumah..lain kali cerita lagi..bye2..

Thursday, January 26, 2012

tidak pandai serba-serbi

assalamualaikum..apa khabar? moga dirahmati allah serta sihat dan ceria-ceria selalu..
selamat tahun baru 2012..nk masuk bulan 2 dah..baru nak ucap..ngeee~~~
sekarang saya sedang berehat fizikal dan mental sebab tengah cuti semester..:)
bila saya mengimbau kembali semester yang lepas banyak lagi perkara yg boleh saya perbaiki:


1-pengurusan wang
bab ni memang dari dulu lagi tak pandai, entah kenapa...huhuhu
umur dah menginjak 23, dah tua dan sepatutnya bijak mengurus wang..mak dan ayah dah banyak kali nasihat, simpan duit tu jangan boros-boros..tapi anak dia ni tak dengar kata..heheheh
nak kata banyak shopping, takde pun..tapi saya akui saya banyak habis belanja kat makan.. duit banyak, makan pun mewah..pastu bila dah takder duit mulalah...how to overcome this matter?
hurm..saya dah ada portable gas dan rice cooker tau..hhehehe..
jadi naik semester baru, saya akan banyak memasak dari membeli makanan...



2-kawan
bab kawan-berkawan..entah kenapa dan mengapa tak pernah kisah bab ni..saya berkawan dengan semua orang dan boleh hidup tanpa menyusahkan kawan..saya bukan jenis setiap masa berkepit dengan kawan..berbeza dengan adik saya, tiga sekawan, kemana-mana sentiasa bersama-sama..
kawan saya kata muka saya selalu serius n garang..kelakar betul..ada ke dia kata macam tu..
hurmm..tp tak boleh abaikan komen dia, so saya improve lah tentang ekspresi muka..lagi satu hal, mungkin dengan kawan-kawan tak banyak hal yang boleh diborakkan sebab saya jenis tak reti berborak..suka cakap perkara yang perlu je..penatlah nk berborak ni..hehehehe


ada banyak lagi hal yang perlu saya perbaiki, moga dengan umur yang sudah menginjak angka 23 ni saya makin matang menjalani kehidupan sebagai anak, pelajar, kawan dan khalifah dimuka bumi allah ni..sekian

Sunday, November 6, 2011

jambori uitm kuala pilah


suka sangat hati ni dpt g jambori walaupun hanya sebagai pemerhati...hehehehehe

all about my classmates
















salam semua...lama sudah x menjenguk blog saya ni..semua gambar ni adalah classmates saya..semuanya baik dan ramah sekali...sem ni dapat sekelas ngan kawan sebatch ngan saya syarifah fadhilatul dalina binti syed abdul rahaman...saya sayang sgt kat dia...

tapi agak terkilan sebab ada sowg lagi classmate sy yg xder dlm pic yg ramai2.. ni kawan sy merangkap rakan komander saya..mazlina mohd ayub

lagi sowg kawan saya yg understatus sama mcm ngan saya nama die dayang amanina syafiqah abdul aziz..tp x lama lagi title understatus tu sy sowg je la pegang,,sbb dier ngah kenal2 ngan someone...hehehehehehe....


yang pakai cermin mata tu die lah...kawan luahan perasaan kt dia lah..dlm byk2 kawan kt KBM ni dia je yang bila sy bercerita pandang trus kat mata dia...bila dengar cerita dia saya pandang mata dia...x ramai kawan sy berani pandang mata dia..sy puji dia sebab die sgt konsisten, bila buat sesuatu, dia buat sungguh2...

kawan2 lelaki saya ada yang kuat mengusik, suka ketawa besar, suka tengok dowg mengah bila kena naik tangga coz lif sesak..hehehehe(sapa suh lambat! hehehehe) suka tengok dowg time hr isnin n jumaat..sumer smart2 belaka..n bila dowg berambut pendek...sumer makin bertambah hensem...

kawan2 pempuan lak..macam2 perangai ada..hehehehe... kadang2 bila time perhatikan tingkah laku dowg tersenyum sendiri...sumer cantik2 belaka...tp ada gak yg sy tawar hati..cakap2 biasa bleh la...tp nk baik mcm dulu x la kowt..biasa2 je boleh la...

tapi macam biasa bila habis kelas dan menapak dari KBM ke rumah perasaan sunyi terus menghambat diri..:)
sekian..

Wednesday, July 20, 2011

mutu solat n tentang tajwid..


salam...terpanggil untuk bercerita tentang diri yang masih x sempurna solatnya dan bacaan tajwid tika membaca al-Quran...bagaimana dengan korang plak?? sudah sempurnakah solat n bacaan korang?? yup, memang kita solat lima waktu, tapi betul2 sempurnakah solat kita???



bagaimana pula dengan bacaan tika membaca al-Quran, betulkah bacaan kita??? aku sedang cuba untuk improve tajwid aku..betapa aku rasa masih banyak ilmu tajwid yang aku x khatamkan lagi...T_T


konklusinyer marilah kita sama2 ubah apa yang patut diubah moga kualiti solat kita n kualiti bacaan kita makin bagus...:)

Sunday, July 17, 2011

~tentang lelaki~



assalamualaikum..hai sumer...bertemu kembali kite ye..hehehe dah lama x update blog nih, so sekarang ni masa untuk meng'update' kan blog aku ni...terbaca blog adik yang bongsu(coz dier lupa nk sign out).. tertarik dengan post dier pasal ciri-ciri lelaki idaman..hahahaha..bila baca rasa kelakar...sebab rasanyer time tuh masa umur macam dier xder plak terfikir tentang lelaki idaman..mungkin time tu jiwa ni more kepada xtvt lasak, almaklumlah time tu terlibat ngan aktif dalam persatuan kadet bersatu malaysia laut (PKBM)walaupun PMR semakin mendekat...memang x pernah terfikir lah pasal lelaki nih..

now, umur pun dah masuk 22 tahun,dah tua bangka dah tapi aku rasa aku macam budak2 ag, ketawa sana sini,rasa diri ni x matang pun ada..hahahha(ye ke cik aida??) jadi kalau dulu x pernah terfikir nak cite pasal lelaki idaman, now, rasa nak bercerita tentang lelaki idaman...
lelaki idaman..hurm~~~ cmner nak cite pasal lelaki idaman..nak mula ngan apa dulu yer...hurm~~
(pertama)ingat ag time final imam muda, mak aku sempat kata dowg ni dah kahwin ker?? ingat nak jadikan menantu..aku yang dengar ni geli hati jer....hahahhaha jadi bila aku fikir-fikir mak aku nak menantu dier tau bab agama2 ni.. (kedua) mak aku slalu cakap nak cari tu biarlah yang keje government, bila fikir-fikir, faham lah aku bahawa mak aku nak anak dier ni terjamin..faham2 lah kan kalau keje government ni gaji tetap, mak aku boleh bg contoh kalau kahwin ngan konstabel pun ok, tgk mak kahwin ngan ayah walaupun gaji x tinggi tp boleh lah nak hidup n terjamin..

konklusinyer:
PERTAMA: dia mestilah tahu tentang islam n mengamalkan nyer..
KEDUA: mestilah keje yang berpendapatan tetap setiap bulan..( sebagai anak kena r ikut kata mak, mak aku ni suka baca majalah n baca kes tentang lelaki yang berniaga yang menyusahkan isteri..)
KETIGA: pandai menyesuaikan diri dengan kaum kelurga..( ni xder campur tgn mak aku..hehehe)
KEEMPAT:suka kan xtvt lasak (kalau x berapa suka pun xpe, asalkan boleh teman aku bila nak g buat xtvt lasak)
KELIMA: suka kan kanak-kanak but tegas dlm mendidik anak-anak..(ni time dah ada anak r..hahaha jauh betul aku fikir..)
KEENAM: kemas dalam penampilan n jaga kebersihan diri( ini sangat PENTING, aku x suka tengok lelaki selekeh, rambut panjang, kuku panjang, pakai suar jeans nampak boxer, pakai selipar jamban..adeiii..sakit mata nih..mayb dari kecik sampai besar lelaki yang slalu aku tengok ialah ayah aku, kemas serba-serbi..hehehe nak buat cmner dlm family aku, ayah lah lelaki tunggal dlm family..heheheh
KETUJUH: ringan tulang..(rajin tolong2 apa yg patut, masa depan semestinyer dia n aku kerja, n aku x suka dia lepas tangan kat isteri sowg2..over tau...ada masa terluang, masak sama2, kemas umah sama2,jaga anak sama2..wahhh..berangan sungguh aku ni tp x salahkan?)
KELAPAN:bijak menangani masalah( x cepat melenting, x panas baran, n sentiasa tenang dlm menyelesaikan masalah)
KESEMBILAN: berfikir jauh ke hadapan( pandai merancang n terkehadapan, tau apa yang ingin dicapai dalam hidup)
KESEPULUH: sentiasa bertoleransi( xder lah dia asyik nak menang jer dalam sumer hal)

n bila aku pikir pasal ini sumer aku pun semestinyer mengubah apa2 yang patut dlm diri aku yang akan disenangi oleh dia..n skunk aku ngah belajar memasak sikit-sikit..xder r zero dlm masak memasak ni..hehehehe ok r nk hidang makan tengahari..bye...

Monday, May 16, 2011

~hari penuh makna~

15 Mei 2011 adalah hari paling bermakna dalam hidup aku... selama 3 tahun aku belajar untuk mendapatkan segulung diploma..ayah dan mak hantar ke UiTM Segamat n mengambil aku bila sudah tamat pengajian..banyak masa dan duit mengalir untuk aku...penat lelah mereka tak dapat aku balas.... thanks mak n ayah!!!!!

untuk ijazah ni, along akan usaha sungguh-sungguh dan tak kan hampakan mak dan ayah..