Thursday, December 30, 2010

JAMBORI KOMANDER KESATRIA 2010 YANG TERBAIK!!!!

seperti yang telah dijanjikan nk sambung kisah aku g jambori ni yang banyak buat aku terfikir,terkesima,terkejut,gembira,sedih,takut dan 1001 lagi perasaan....

~JAMBORI KOMANDER KESATRIA 2010~


semua acara yang dipertandingkan kteowg mendapat tempat...
untuk acara EOQ mendapat tempat kedua
untuk acara PROLOQUE mendapat tempat ketiga
untuk acara rempuh halangan mendapat tempat kedua
untuk pertandingan kawad kaki xder rezeki kali ini..huhuhu( moga jambori akan datang jengking mendapat tempat)
untuk pertandingan kebudayaan mendapat tempat PERTAMA (hehehehe...biasalah suara aku sedap sgt kowt tu yg dpt tempat pertama..yarkhhhhh)


kegembiraan yang kteowg rasa ni akhirnyer diuji bila terlibat dalam kemalangan selepas tamatnyer jambori...berlaku dalam perjalanan ke Alor Setar untuk melawat kolej tentera udara selepas semalaman berada di Pulau Langkawi..

JKW 40 yang dibangga-banggakan 'cedera' dirempuh ATOZ...(bas sebesar alam pun nak dirempuhnyer!!!...huhuhuhuh) time nie terkejut yang amat sangat.... nasib baik en driver bas cekap...

program yang akan kami ikut pada 23 n 24 hb 12 terpaksa dibatalkan... aku sangat kecewa n sedih...huhuhuhu kalau diikutkan kteowg akan melawat TLDM Lumut.. time tue akibat kerosakan teruk pada bas, staff kteowg menelefon pegawai KO UiTM Perlis untuk menginap semalaman di kolej n menggunakan khidmat bas UiTM Perlis.
kami menginap di kolej Cengal di UiTM Perlis dan bertolak balik ke Segamat keesokkan harinya....(part paling malas nak punggah beg untuk dipindahkan ke bas perlis....siksa seyh....berpeluh2..tengahari buta kowt!)

Tuesday, December 28, 2010

pra JAMBORI KESATRIA 2010

assalamualaikum sumer...
maaf yerk coz dah lama x update blog ni ha...bulan 12 bulan sibuk skit..sepatutnyer aku sibuk dari 28/11/2010 hingga 24/12/2010...tapi atas sebab tertentu aku sudah tiba awal ke rumah iaitu pada 22/12/2010..

28/11/2010:
ketibaan ku ke UiTM Segamat untuk PRA-JAMBORI KESATRIA 2010 pada jam 1330. aku balik ke segamat dengan bas...buat pengetahuan korang aku ni fobia skit ngan bas n semua pengangkutan awam...mayb x dibiasakan so tiap kali naik bas or train ker rasa berdebar-debar tu akan datang..hari tu perasaan tu hilang coz junior aku pun naik bas yang sama dengan aku...terus hilang perasaan berdebar-debar tu..hehehehe

29/11/2010 - 13/12/2010:
aku rangkumkan lah segala xtiviti aku dengan tentatif seperti dibawah:
5.00-6.15: solat subuh di masjid
6.15-7.20: senaman(PT) pagi
7.20-8.30: persiapan diri
8.40-12.30: kawad kaki( penyebab muka "burn"...hehehehe)
12.35-2.00:lunch,solat zuhur
2.00-3.45:EOQ, PROLOQUE n rempuh halangan
3.45-4.30:solat asar
4.30-6.00:EOQ, PROLOQUE n rempuh halangan
6.30-8.00:dinner n solat maghrib
8.30-11.00: latihan kebudayaan

untuk pengetahuan sumer semua xtiviti yang dijalankan sangat mencabar...
EOQ n PROLOQUE adalah xtiviti yang melibatkan disiplin berlari, berkayak n berbasikal..cuma yang membezakan EOQ n PROLOQUE ialah peserta n jarak..EOQ,peserta seramai 16 orang n PROLOQUE,pesertanya hanya 4 orang..aku hanya peserta simpanan untuk disiplin kayak bagi EOQ...hehehehe

semasa pra jambori dijalankan semua komander yang terlibat sangat memberi komitmen kepada latihan yang dijalankan..memang penat...sgt2 penat..muka dimakan terik mentari..kesannyer ada sampai skunk!!!huhuhu
( mak aku kata org len nk g degree putih melepak ko hitam legam...huhuhu)
banyak suka duka time menjalani latihan neyh...

pada tanggal 13/12/2010 kira-kira jam 1645 selepas penat berkayak n merupakan kali terakhir latihan,kteowg team kayaking request nk bt water confident..nak kata excited x lah sangat..tp terjadilah sesuatu yang x diingini...kalau korang nak tau sungai segamat tu sangat2 lah dalam....buktinyer aku hampir2 tenggelam ketika membuat latihan water confident...syukur sangat masih diberi peluang untuk bernafas dimuka bumi allah nie...huhuhu thanks kepada pembantu kesatria en fairus n junior aku farid kerna telah menyelamatkan aku daripada lemas...mmg sedap air sg segamat (sg kapeh) tuh...yarkhhhhhhh...rasa macam teh susu(teh susu lah sangat!!)...(meloyakan betul!!!!)pacat xyah kiralah...kat lumpur tepi tebing tuh penuh ngan pacat...(sesetengah orang geli,tapi aku biasa jerk..hehehehe)

aktiviti malam plak kteowg buat latihan kebudayaan, kata sepakat kteowg buat nasyid..hehehehe aku antara peserta yang terlibat...ini sumer adalah kerna aliza n aliea yang mencalonkan aku...x patut sungguh!!...tapi aku layankan jelah...

konklusinyer time nie kteowg kuatkan lagi semangat kerjasama antara kteowg..
n konklusi utk diri aku, aku menyimpan azam untuk belajar berenang bila aku dah keje nnti...apatah lagi mmg ada didalam hadis Nabi s.a.w supaya belajar berenang, memanah n berkuda...

p/s: banyak lagi kalau diikutkan tapi sampai sini dululah...
penat dah menaip nih...post selanjutnyer mengenai Jambori komander kesatria 2010 di UiTM Kedah...tunggu k....

Friday, November 12, 2010

menangisi pemergian rakan sekolah n rakan PLKN

aku mengenali norhidayu yaakob semasa bersekolah di sekolah agama menengah jeram n menjadi rakan sePLKN aku..
baru diberitahu oleh Hawa, arwah meninggal dunia petang tadi dilanggar lori...
Aku sangat sedih n terkejut diatas berita yang x disangka-sangka ini.. semoga roh arwah dicucuri rahmat..
al-fatihah..

Wednesday, November 10, 2010

~ChEnTa~

Kesat air matamu,
Selalu ingat kedua orang tuamu,
Kerna mereka itu selalu,
Berada disampingmu.

Dia yang kau kasih dan cinta,
Akan datang padamu bila tiba masa,
Kalau itu yang ditentu oleh yang maha esa,
Dia tidak akan kemana-mana

Hapuskan air matamu,
Ceria dan gembiralah selalu,
Kerna Dia yang maha tahu,
Apa yang terbaik untukmu.

BERAKHIRNYA 3 TAHUN PENGAJIAN

Lama betul x update blog..
rasa berdosa lak..heheheehehe. rasa bersemangat kembali untuk update blog ni coz baca blog owg len macam best jerk...especially blog raja muhd amirulzain,zaid akhtar,ummi zaihadi n byk lagi la blog yang menarik..
ha..dah lari topik lak....akhirnyer tamatla pengajian saya selama 3 tahun..
selepas bertungkus lumus study untuk final exam..sampai langsung x balik umah..akhirnyer habis jugak pengajian saya..yeayyyy!!!!
byk suka duka, pahit maung,ranjau berduri selama saya belajar kat UiTM Segamat...rasa sedih lak..huhuhuhu :(

Tuesday, May 25, 2010

sapa kita 10 tahun akan datang?

pernah x korang fikir apa yang akan berlaku 10 tahun akan datang?.kadang-kadang sebelum melelapkan mata aku akan fikir apa yang akan berlaku 10 tahun akan datang..
apa terjadi dengan diri aku...masih panjang usiakah? kalau sudah berkahwin,akan bahagiakah hidup aku? kalau bekerja,aku amanahkah dengan tanggungjawab yang diberikan?

bulan julai makin dekat, dan aku akan menikmati segalanya di tahun akhir pengajian diploma dalam business studies..dan selepas itu, apa hala tuju hidup aku?
elokkah keputusan diploma aku untuk melayakkan diri aku menyambung pengajian ke peringkat ijazah? arghhhhhhh, makin besar makin banyak perkara yang perlu difikirkan..

yang boleh aku buat merancang apa yang perlu untuk hidup aku n famili aku..
ayat biasa KITA HANYA MERANCANG TUHAN YANG MENENTUKAN SEGALANYA~

Saturday, May 22, 2010

pagi bangun buat sarapan..

bukan nak membangga diri coz buat sarapan pagi, walaupun dah tua bangka still dikejut ngan mem supaya buat sarapan pagi...bengkak rasa hati ini bila disuruh bangun di pagi ahad...
jadi mee hoon tu agak hancur sebab geram kena bangun pagi...hahahaha (xder r aku nk buat macam tue..percaya ker??)
yang x boleh blah aku yang buat segala2nyer sedangkan makcik-makcik(adik-adikku) enak saja tidur di pembaringan...memang bikin hangin satu badan la...
tapi apa-apa pun memproses mee hoon menjadi mee hoon yg sedap untuk dimakan tetap berjalan walaupun hati mendidih jer nih...
sifat dengki x habis-habis aku nih...buat sarapan kan dapat pahala...aida..aida..
apa nk jadi ngan ko nie??? tapi aku tetap pikir yang dengki kena jugak ada kalau x adik-adik aku bermaharajalela la.. aku jerk yg kena masak...banyak cantik muka nak isi tembolok korang sedangkan aku yang bertungkus lumus buat segala...
akhir sekali, walaupun hati ni bengkak serta mendidih, bila diorang makan masakan aku n habis kemudian dipuji plak masakan aku sampai aku kembang segala...rasa bengkak n mendidih di hati hilang begitu sajer...
tata.. :)

Wednesday, May 5, 2010

selesai segalanya..

baru hari ni dapat meluangkan masa untuk blog aku nie..
lagipun aku sibuk ngan peperikasaan akhir bagi semester ke 5 diploma aku..
syukur semua paper dapat aku jalani dengan tubuh badan yang sihat n cergas..
pagi tadi baru je selesai menjalani speaking test untuk MUET...
aku rasa geram bila mengenangkannya kembali.
aku rasa aku boleh buat lagi baik dari tadi... kenapalah aku ni..
belajar bahasa inggeris dari darjah satu sampai masuk universiti tapi x pandai2 gak...
hmm...rasanya sampai cni jela ea..
mata dah ngantok..

Friday, April 16, 2010

selesailah sudah...

hari ni selesailah sudah role play BMD5B1....
aku ingat bila selesainyer role play ni, aku tidak punyai apa-apa assignment lagi, tapi nampaknya 2 assignment baru diberi dan perlu dihantar minggu depan...
so, weekend ni aku kena selesaikan assignment yang diberi serta mengulangkaji pelajaran ku.
aku harap result aku dapat naikkan pointer aku yang x pernah lagi mencecah 3 pointer..
huhuhuuuhu

Tuesday, April 13, 2010

panas hati....

pagi-pagi bangun untuk memulakan hari yang baru walaupun rasa liat n berat hati,
pergi cafe illa beli kuih untuk isi perut..
sampai ke kelas, kelas kosong.... geram x terhingga n x terkata.. sahabat2 aku x inform pun kat aku...hish.....rasa panas jer hati...
lalu aku melangkahkan kaki pulang ke kolej dengan hati yang panas...
aku faham skunk tugas lecturer bukan hanya memberi lecture tapi byk lagi tugas lain yang patut di galas di bahunya....apapun redha je la...
bagus jugak klu aku tau awal mesti aku beradu lagi....huuuhuhu...
sampai je bilik, mulakan mission mengemas bilik, dari menyapu lantai sampai mengelap kipas yang berhabuk...
n bila mission selesai baru hati rasa senang...

Thursday, April 8, 2010

kena smash di pagi hari....

bangun awal pagi untuk pergi kelas, kemudiannya mendapat panggilan dr seseorang yang membuatkan hari aku hari ni agak "suey". bengang betul!!!
habis kelas pukul 10 n terus menuju ke PENAWAR untuk derma darah,
masuk jer dalam PENAWAR, tanye nurse yang ada kat situ n nurse tu gtau
petugas dr hospital segamat tu baru jer berlepas balik...
kesimpulannya...
hari ni HARI "DISASTER" aku....

Monday, April 5, 2010


Man is the best event was created by God and entrusted to the inheritors of the earth. Human existence is not a coincidence, but the resolution of the gods. Endowed with human perfection, grandeur and magic are not available by other creatures. Miracle of human creation to make us aware of the general power of God.

The book that I read about the wonders of human creation is very interesting piece Harun Yahya as well as to realize who my true self. Of the two cells, sperm and ovum through various complex process until the birth of a human nature enough. So, who we are to deny the creation of human events that are embodied in al-Quran? .

Lately, the country was shocked by some of the most surprising news of all parties that the issue of removal of the baby. Baby dumping is a crime even occurred as a result of unwanted pregnancies. Many pregnant teens are forced to throw the baby out of wedlock because of their desperation, shame and fear of the consequences that will be incurred. This symptom is deviant because it is an inhuman act and not acceptable in our society. Some babies who were found still alive and some dead and almost all were found to be in very sad circumstances. Like no awareness of self, the innocent babies continue to be victims of circumstances. How short thoughts to throw the child was conceived nine months and ten days without mercy.


In the context of a child, we should be thankful born on this earth and get love from our parents. Our first food that we make our mother's milk should be aware that the great sacrifices our mothers our breastfeeding until we were two years old. Our father will seek to protect us from rain and heat and support family life. How great sacrifice and all your hard work our parents until we become like the present.

From the context as a servant , we should realize how unique we are. The combination of egg and sperm through the various complex processes until the birth of a human nature enough. In return, we should obey all the commands and leave all prohibited. At age like me, who had to go through a lot of temptations. Feelings like love and feel lonely present and if not addressed properly will consume itself as the case of an illegitimate child and infant dumping cases. So as a servant, we need to tackle the strong temptation to come to us. We should be aware that we live in this world is only temporary.

Conclusion here, this book tells about the miracle of the creation of human impact and provide useful lessons for us when we forget who we are.

Sunday, April 4, 2010

aktif kembali....

saya aktif kembali dalam penulisan blog selepas senyap dalam tempoh yang lama...
mungkin kerana hambatan kerja yang banyak membuatkan saya senyap..
saya kembali kerana assignment yang diberikan pensyarah saya...hehehehe