Thursday, January 28, 2016

KETIDAKPASTIAN

hidup ni penuh dengan ketidakpastian
20 November 2015
tarikh yang aku tahu aku akan berhadapan dengan ketidakpastian
apa yang aku pilih untuk hadapi, aku tahu dan sedar akan masalah dan akibat
tapi aku berhak untuk merasa bahagia..Bahagia yang dipenuhi ketidakpastian
hahahaha...setiap apa yang aku buat, time tunggu traffic light hijau, tengah menaip, tengah mandi, otak ni mesti berfikir
pasal hidup yang penuh ketidakpastian..dan aku memang sedar dan memang tidak buta hati.
tapi aku memang berhak untuk rasa BAHAGIA, dan aku sentiasa positif kebahagiaan yang tidakpasti ini pasti ada pengakhirannya yang tentunya buat aku senyum bahagia..
kali ini aku akan berhadapan tanpa perlu berpaling..moga Allah mudahkan jalan kehidupan aku dan tidak memalingkan aku dari Dia..


Wednesday, April 22, 2015

1 TAHUN 23 HARI

assalamualaikum wbt

rutin update blog setahun sekali..hahaha
hope semua sihat n ceria selalu..
apa yang aku rasa bila kerja di KOSPEK ialah........
1- mestilah rasa bersyukur ada majikan yang nak amik aku bekerja..
2- BANYAK LAGI YANG PERLU DI IMPROVE..memang sedar diri.. koperasi satu entiti yang berbeza..apatah lagi HR practices nya bercampur..gov ada swasta ada..pening la jugak.,, management under aku yang banyak sangat perlu diimprove...
3- bab ketelitian- mmg perlu di baiki lagi sebaik mungkin..
4-Firm - xde dalam diri aku lagi..hak3..(actually benci org assume aku firm.mayb dowg dengar suara aku yang mcm lelaki ni terus expect aku jenis firm..puii...hate it!!!! apapun kualiti ini sedang diimprove tahap siput..hahaha..bila org expect something kat ko, n ko x achieve pun expectation tu..salah ko ke?? sapa suh expect tinggi2..hak3..bengong sungguh..(walaupun macam tu aku ambil maklum..tp untuk jadi firm kena amik masa bertahun-tahun)
5- dikelilingi melayu- hurm...malas nak ulas..hak3..
6- apa yang aku lihat dulu, aku buat sekarang (time keje JAKIM selalu tgk boss g solat dhuha n ngaji tiap2 pagi.)
7- kalau dulu kalau kena marah slalu rasa down sebulan..hak3 sekarang lepas kena marah akan nyanyi n senyum n ketawa..(dlm hati sapa taw)

doakan aku sentiasa sukses, dipermudahkan urusan jodoh dan dimurahkan rezeki..moga suatu hari nanti aku dapat berkhidmat dengan kerajaan..amin...

Monday, March 17, 2014

T.W.O S.T.O.R.Y

allahuakbar...allahuakbar..allahuakbar...

tadi baru dapat panggilan dari Wisma Kospek Kuantan suruh hadir temuduga hari Jumaat ni.. Sesungguhnya hanya Allah yang tahu betapa resah gelisah hati ni bila banyak permohonan kerja yang dihantar tidak banyak dapat maklumbalas atau tiada kekosongan buat masa ini...Siapa yang suka hanya bermalasan di rumah tanpa berbuat apa-apa..(sebulan dua tu boleh tahan la..hehehe..) moga Allah permudahkan segala urusan temuduga pada hari Jumaat ni..amin..

Banyak kali emak aku suruh buat solat sunat dhuha n sunat hajat tapi selalunya aku iyekan je tanpa melaksanakan apa yang disuruh..tapi makin lama hati resah gelisah berfikir bila nak dapat keje, asyik bermonolog sendirian tanpa sedikit pun tergerak nak buat solat sunat memohon pada yang Esa.. walaupun memang dah terlambat banyak sedangkan aku dah duduk kat umah lama, malam tadi tergerak jua untuk buat solat sunat..Aku harap aku akan terus beristiqamah untuk buat solat sunat ni..
(sampai  terdetik dalam hati baru malam tadi buat solat sunat, Allah dah permudahkan laluan untuk ku bila aku dapat panggilan temuduga tadi, bermakna kalau aku istiqamah buat solat sunat, meminta padaNya tanpa erti jemu, entah apa lagi nikmat yang Allah akan berikan..allahuakbar..allahuakbar..allahuakbar..)

aku sendiri memang tahu kelebihan buat solat sunat sejak dari dulu lagi..cuma aku akui memang aku culas, malas dan selalu kata lain kali lah buat..dan bila something happened, hati tak tenteram time tu baru nak ingat Maha Pencipta...huhuhu aku harap aku boleh jadikan ia rutin harian dan jadi sebahagian dari hidup aku.. amin...


aku harap kalian juga beristiqamah dalam melakukan ibadah kepadaNya...moga kita semua berubah menjadi yang lebih baik.. ^_^

Wassalam..

Monday, February 24, 2014

mana surat panggilan saya tak sampai-sampai???

Assalamualaikum wbt

moga kalian sentiasa gembira dan dirahmati olehNya..

oh ye..sudah sebulan aku menganggur dan hampir setiap hari menunggu mana surat panggilan inspektor untuk ujian fizikal kat IPK..dan tak berhenti-henti berdoa n bermonolog sendirian mengharapkan surat panggilan akan dipos oleh abg posmen..tiap kali dengar enjin motor posmen tiap kali tu jugak berharap ada perkhabaran gembira..arggghhh..seksa taw menunggu ni..huhhuhuhuhu T-T

walaubagaimanapun mana-mana peluang pekerjaan dari private company n agensi kerajaan ada gak lah yang aku isi..tapi xde panggil pun untuk interview..tunggu jelah n grab je mana yang datang dulu

tapi "MANA PERGINYA SURAT PANGGILAN AKU TAK SAMPAI-SAMPAI" 

ok tu maknanya tahap kesabaran memang dah tinggal ciput walaupun ayah menyedapkan hati dengan kata 'mesti adanya nanti'.. prfffff...cita-cita untuk jadi polis sejak aku kecil lagi memang dah set dlm otak ni..  n bertukar nak jadi peguam lah, pegawai tentera lah, pensyarah lah n balik kepada cita-cita asal pegawai polis..hahahha...tapi sentiasa tertanya-tanya apa percaturan yang dibuat oleh yang Maha Kuasa ke atas diriku.. masa hadapan yang hanya boleh dirancang tapi Allah jua lah yang menentukan.. siapa kita untuk menidakkan apa yang telah ditentukan,,hanya usaha berdoa dan bertawakal kepadaNya.. :)

ayahanda tercinta siap dah bagi amanat betapa hebatnya cabaran menjadi anggota polis pada hari ini..
walaupun anak dia ni surat panggilan pun x dapat lagi..
antara amanat ayah
"polis sekarang bukan mudah, banyak sangat cabarannya..dah kuar tamat latihan jadi pegawai penyiasat
buka kertas siasatan, kes-kes saban hari pasti ada menjelma..tidur bukan priority, on call selalu
inspektor percubaan untuk 3 tahun confrm kena lanyak..tapi bestnya dapat pengalaman 3 hingga 5 tahun n sah jawatan. lepas dari tu dah ok, n lagi ok bila naik pangkat bagai..
selepas tu dah pro bab soal siasat ni so bila anak buah tanya dah boleh bagi jawapan sebab pengalaman banyak.."

itu jelah luahan isi hati untuk kali ni..sepatutunya entri boleh tulis hari-hari..tapi apakan daya idea x berapa nak ada..doakan aku ye kalian.. :) sekian



Monday, November 4, 2013

JIWA terasa......





Assalamualaikum...salam maal hijrah semua...

terasa berat hati..tak tahulah kenapa...mungkin lebih tepat aku terlalu memikir atau terasa umur yang makin meningkat tapi aku masih di tapak yang sama..bukan tidak merasa bersyukur..syukur sangat apa yang Allah kurniakan selama ini..cuma perasaan diri sendiri..sekarang aku dah mula rasa tak gembira bekerja.. mungkin bukan passion..dan aku tahu x baik untuk aku merasa perasaan yang begitu..tapi aku yakin walaupun bukan passion aku, aku still akan buat kerja sehabis baik..sesak di dalam dada ni...ya Allah...napelah agaknya ye...pengharapan aku selepas ini walau apapun yang aku rancang, tidaklah aku terlebih harap supaya aku sendiri tak terluka bila mendapat keputusannya..tapi yang pasti aku akan berusaha sehabis daya dan berserah pada yang maha berkuasa..

dalam diam, aku merancang, berangan untuk lebih baik dalam hidup aku, membantu keluarga sehabis daya.. itu tujuan aku disamping aku juga ingin lebih baik dalam kehidupan aku sendiri..menjadi diri sendiri..senantiasa positif dan tabah hadapi segala ujian walaupun kadang-kadang terbabas dalam menangani konflik dalam diri..

umur akan mencecah 25 tahun, aku harap ada perubahan besar dalam diri aku.. ke arah yang lebih baik..dan bukan aku harap diri aku sahaja..kepada kawan-kawan seperjuangan yang aku sayang, aku mendoakan kalian  atas apa jua yang kalian hajati tercapai..moga kita sama-sama mencorak masa depan agar lebih baik dari sekarang..

Sunday, October 27, 2013

Rezeki yang senantiasa ada :)

assalamualaikum..selamat pagi semua..moga senantiasa sihat dan ceria selalu...hari ini terpanggil untuk menulis selepas beberapa lama tidak mengupdate blog terchenta ni..bukan apa tahap kemalasan serta tiada line internet antara faktor menyebabkan blog aku ni bersawang..hahaha..

last update semasa bergelar pelajar dan kini aku sudah mendapat title pekerja (Pekerja Sambilan Harian) di JAKIM.....walaupun hanya pekerja sambilan tidaklah aku membuat kerja sambil lewa, start kerja hari tu hujung bulan April..dan sekarang sudah nak masuk bulan November..alhamdulillah rezeki di JAKIM senantiasa ada..kalau ikutkan tamat kontrak 23/10 dan aku beruntung disambungkan kontrak lagi 3 bulan serta dinaikkan ke gred N27 ..syukur pada Yang Esa....

seronok bekerja di bahagian Pengurusan Sumber Manusia serta menambahkan lagi pengetahuan aku tentang sektor kerajaan ni..^_^ dan merasa bantuan kewangan khas RM500..hihiihi...

Walaubagaimanapun, perasaan risau selalu ada selagi tidak mendapat pekerjaan tetap..prfffff...>_< Terkini, aku apply jawatan kosong UiTM..tiada lagi panggilan untuk temuduga..hope nama aku adalah...umur makin meningkat, pakwe pun xde lagi..keje tetap xde...hope tahun 2014 tahun gembira buat aku.. semestinya aku mahu melihat kedua orang tua ku gembira dan dapat juga aku membantu apa yang patut..:)

Thursday, May 16, 2013

kerja,kerja dan kerja

Diberi kerja gembira,
membuang masa juga gembira bercampur rasa cuak di dada,
kerja bertimbun buat masa berlalu tanpa perlu dikira, 
tiada kerja melangut memandang jam bila masa nak pukul lima,
serik tiada kerja sebab malas nak mengira masa